Pages

Monday, January 11, 2010

Week 1 (LS3) Fixtures

Debaran pertama pasukan-pasukan baru

Oleh dausz

Kebanyakan pasukan baru kini berdebar menanti aksi pembuka tirai Liga Tikam 2010 pada 16 Januari 2010. Antara paling merasai debaran sudah pastinya sykrcr9 yang tidak henti menghantar mesej pada pihak FAD untuk menanyakan status perlawanan.

Mana tidaknya, tanggungjawab berat menanti dia apabila berhadapan ahli nikam tegar dari Kedah iaitu soffie. Satu lagi ahli nikam baru dalam kumpulan yg sama adalah marrio yang terpaksa melalui ujian getir bertemu penyandang kejuaraan beberapa Piala samada di EPL atau MSL musim lepas iaitu mrQ.

"Saya berharap pemain memberi tumpuan sepenuhnya kepada permainan dan beraksi dengan baik walaupun mereka akan menentang pasukan pilihan," kata marrio.

Sementara itu, di kumpulan B menyaksikan dua pendatang baru iaitu kiely_mnh menghadapi saingan paling getir apabila bertemu BBP. Pendahulu Liga EPL anjuran mas. The_Kiely yg bakal menghadapi situasi itu pasti mahu menundukkan pasukan favourite itu. sementara saingan seimbang dijangkakan antara arjuna-adrx.

Pendatang dari Pekan, Pahang iaitu kamaldini akan berhadapan dgn Juara Bertahan Satriaperak di perlawanan pertama mereka. Ibarat game Sumbangsih... kamaldini pasti mahu berbuat sesuatu supaya juara bertahan itu kempunan di gelanggang sendiri di Putrajaya.

Sementara satu lagi pendatang baru dari Group C adalah Jimmy Tapah yg berhadapan dgn Mr_Savvy. The_Jimmy telah melengkapkan persiapan awal dgn game pemanas badan sebelum memilih gandingan player2 terbaik nya utk berhadapan ahli nikam tegar Savvy.

"Gandingan itu diharapkan memberi kesan positif kepada pasukan yang mahu mencatat kemenangan pertama di gelanggang sendiri," katanya Jimmy.

Group D menyaksikan hambal & Ilhan_Manchis akan bertemu 2 lagi ahli nikam tegar iaitu abg_tevez & anakuale. paling getir sudah tentunya hambal yang akan bertemu tebes. bertemu dgn ahli nikam Top 3 EPL predik adalah laluan tersukar hambal utk game pertama. sementara Manchis bertemu ahli nikam paling lemah iaitu anakuale. walaubagaimanapun Ilhan berkata "walaupun laluan kami mudah tetapi anakuale tetap mampu memberikan kejutan, mereka mahu 3 mata supaya tidak dipandang rendah, kami akan menyukarkannya" kata Manchis

Group E pula menyaksikan hanya akukayo5555 adalah muka baru. walaupun mas2806 buleh dianggap baru tetapi pasukan mas sudah masak dgn peraturan & gaya permainan liga sebegini. akukayo5555 sudah pasti mahu menterbalikkan gaya permainan pengalaman dari mas. sementara skull-sakuragi akan bertemu. saingan pasti seimbang walaupun kelebihan sedikit pada skull yg konsisten sejak akhir ini.

Group F menyaksikan wakil baru Kedah selain sopi iaitu lee_dado akan berhadapan dgn ahli nikam turun naik pencapaiannya iaitu aliffwan. lee dado berkata

"Saya melihat pertemuan itu adalah sengit. Sebagai pasukan tuan rumah, kami pasti mahu mencari gol awal dan bertekad mencatat kemenangan walaupun mereka ahli nikam berpengalaman," katanya yang berharap sokongan padu peminat di Kedah yg hanya memfokus pada sopi saja sebelum ini.

pertemuan lain adalah antara wira-nsr, pastinya wira mahu mencalarkan imej nsr yg gah sebagai pilihan. wira pasti mahu menjadikan Liga Tikam sebagai batu loncatan supaya tidak diperlekeh pasukan kebal seperti nsr.



WEEK 1(LS3)
GROUP A
mrQ vs marrio
soffie vs sykrcr9
GROUP B
kiely_mnh vs BBP
arjuna vs adrx
GROUP C
satriaperak vs kamaldini
Mr Savvy vs Jimmy_Tapah
GROUP D
hambal vs abg_tevez
Ilhan_Manchis vs anakuale
GROUP E
mas2806 vs akukayo5555
skull99 vs sakuragi
GROUP F
wira7378 vs Nsr7777
lee_dado vs aliffwan

nikam utk game di bawah ini


WEEK 1(LS3)16 Januari 2010 HARI SABTU
Kuala Lumpur vs Negeri Sembilan
Plus FC vs Selangor
Pahang vs T-Team
Terengganu vs Pulau Pinang
Johor vs Perak
Perlis vs Kelantan
Kedah vs Johor FC

0 comments:

Post a Comment