Pages

Saturday, April 24, 2010

FIXTURES GAME 8 & PIALA PRESIDEN PUSINGAN 2(2nd Leg)

predik game 8
4-May-10 (SELASA)

Perlis vs Johor -Stadium Utama Negeri, Kangar
Kedah vs Terengganu -Stadium Darul Aman, Alor Setar
Kelantan vs Pahang -Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Perak vs PLUS FC -Stadium Perak, Ipoh

Pulau Pinang vs Kuala Lumpur -Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
PBDKT T-Team vs Negeri Sembilan -Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Johor FC vs Selangor Stadium -JCORP, Pasir Gudang, JB



PIALA PRESIDEN PUSINGAN KEDUA (2nd Leg)

Arjuna de Arsenal vs Levski Soffie (arjuna lead aggregat 4-1)
Sakuragi Antlers vs JKR7777 Tapah FC (aggregat seri 4-4)
BBPerak FA vs Olympique Lyond (BBP lead aggregat 3-0)
Sporting de Wira vs Maschester City vs (Mas lead aggregat 3-2)
Adrx Utd vs AkurichMan Utd(akurichman lead aggregat 3-0)
Deportivo Lee Coruna vs Real Tevez (aggregat seri 2-2)
Jimmy G-Hard FC vs Sykr de Classico (sykr lead aggregat 4-3)
VfB Skullgart vs Dynamo Kiely (Kiely lead aggregat 4-1)

Pusingan Relegasi 1 (GAME 8-GAME 14)


Liga kita ada 21 perlawanan akan di lalui setiap manager. setiap pusingan ada 7 perlawanan. bermakna kita ada 3 pusingan liga. Agak membosankan jika manager-manager asyik bertemu pasukan yg sama sahaja dlm liga.maka sebagai penganjor bagi mengatasi kebosanan ini, Teman ingin mencadangkan 2 tempoh relegasi setiap divisyen iaitu selepas perlawanan
GAME 7 & GAME 14 iaitu game penamat Pusingan 1 & 2. Apa maksud relegasi atau relegation? relegasi bermaksud penurunan pangkat atau divisyen dlm liga. teman ingin mencadangkan 2 pasukan terbawah Liga Super diturunkan pangkat ke Liga Perdana bermula perlawanan ke-8. 2 pasukan teratas Liga Perdana naik ke Liga Super. sementara 2 pasukan terbawah Liga Perdana turun ke Divisyen 3 & 2 pasukan teratas Divisyen 3 naik ke Liga Perdana.

Pusingan relegasi kedua di adakan pada game ke 14 utk penentuan.sistem mata pula..??? sistem mata kekal. bermakna kenaikan & penurunan akan membawa sekali jumlah jaringan bolos & mata sekali. Persaingan liga akan menjadi semakin menarik & mendebarkan.

Berikut Kedudukan Liga setelah direlegasi... Perubahan besar berlaku.....

Result Piala Presiden











Result GAME 7


Wednesday, April 21, 2010

RESULT GAME 6

OLYMPIQUE LYOND TERUSKAN KEKUASAAAN...., SYKR DE CLASSICO TERPEROSOK DI DASAR LIGA SUPER!!!

Cyberjaya, 21 April 2010; Olympique Lyond meneruskan kecemerlangan untuk terus kekal di puncak Liga Super dengan kemenangan ke ats Maschester City 19-16 untuk kekal 6 mata di hadapan pencabar terdekat JKR7777 Tapah FC. Saingan merebut tangga kedua kini makin sengit setelah Kiely & Tevez kembali bernyawa untuk menang bergaya ke atas lawan masing-masing. Sementara AkurichMan Utd berjaya mengelak kedudukan tercorot setelah menang ke atas Levski Soffie sekaligus menghumban Sykr de Classico ke dasar liga super.

Liga Perdana menyaksikan Skullgart meneruskan kecemerlangan sementara lain-lain pasukan terus bersaing untuk kedudukan terbaik liga. Di Divisyen Tiga pula, Adrx meneruskan kecemerlangan di atas Liga sambil QPReds Diamond yang satu ketika tiada harapan & bermula dengan 1 mata kini menghuni di tangga ketiga Divisyen 3 mengenepikan beberapa pesaing utama kejuaraan Divisyen 3.


Tuesday, April 20, 2010

Fixtures Piala Presiden




RESULT PIALA PRESIDEN 1ST ROUND

Adrx United & Sakuragi Antlers bawa cabaran wakil Divisyen Tiga ke Pusingan Kedua

Seri Kembangan, 21 April 2010; Pendahulu Liga Divisyen 3, Adrx Utd mudah membenam pasukan Liga Perdana, Real Manchis 2-1 sekaligus mara dengan rekod bersih aggregat 5-2. sementara Sakuragi Antlers bernasib baik meskipun tewas di laman sendiri 2-1 kepada Marrio tetapi Sakuragi mara dgn aggregat 5-4. Satu lagi wakil divisyen 3, Kamal Grampus Eight gagal mempertahankan kelebihan 1 gol apabila di kalahkan Sporting Wira 2-0 sekaligus Wira mara dgn aggregat 5-4.

Paling mencuri tumpuan adalah pertemuan Anak Anto Fighters yang berlanjutan ke sepakan penalti selepas terikat 2-2 pada perlawanan sebenar & 30 minit tambahan masa selepas aggregat terikat 4-4. akhirnya arjuna menang dgn sepakan penalti dramatik 2-1 di Padang Kuala Kangsar.

lain2 menyaksikan pasukan2 pilihan Liga perdana seperti BBP, Jimmy, Deportivo Lee mara dgn mudah sementara Pendahulu Liga Perdana, Skullgart tewas di laman sendiri kepada Fulhambal tetapi Skullgart tetap mara dgn bekalan gol yg selesa.



Sunday, April 18, 2010

Result First Round(1stLeg) President Cup

PIALA PRESIDEN: BBPerak FA, Deportivo Lee Coruna, VfB Skullgart selesa sebelah kaki ke Pusingan Kedua....

Cyberjaya: BBPerak, Deportivo Lee Coruna & VfB Skullgart selesa dgn kelebihan jaringan ke Pusingan Kedua sementara pasukan divisyen 3 iaitu Sakuragi Antlers, Kamal Grampus Eight, Adrx Utd mengejutkan 3 pasukan pilihan Liga Perdana utk selesa dgn kelebihan kemenangan & jaringan gol tempat lawan. Jimmy G-Hard pula berhempas pulas menewaskan satu lagi pasukan Divisyen 3 dgn kelebihan 2 jaringan mengatasi QPReds 4-3. Sementara pasukan2 Liga Super pula berehat utk gem Piala Presiden sebelum menanti pemenang2 Pusingan Pertama.



RESULT LIGA GAME 5

Lyond kalah tipis tapi kekal di Persada Liga Super. Skullgart teruskan penguasaan Liga Perdana sementara Adrx Utd masih selamat di takhta Divisyen 3.

Cyberjaya, 19 April 2010; Juara bertahan, Olympique Lyond tumpas tipis di arena sendiri kepada JKR7777 Tapah FC sekaligus menyaksikan persaingan mata tidak ketinggalan jauh di Liga Super. kemenangan ini melonjakkan JKR7777 ke tangga kedua setelah seteru terdekat Levski Soffie sekadar seri dgn Sykr di laman lawan. lain-lain menyaksikan Akurichman menang mengalahkan satu lagi pasukan pilihan yg kini power di EPL Predik iaitu Real Tevez & Maschester City tumpas di tangan Dynamo Kiely.
Saingan Liga Perdana Skullgart meneruskan penguasaan setelah menang sementara di ekori rapat Deportivo Lee Coruna yg mencatat kemenangan besar 14-0 mengatasi Real Manchis.
Divisyen 3, QPreds keluar dari kepompong bawahan setelah kebangkitan lewat mengalahkan Anak Anto 5-4 sementara Adrx kekal di atas meskipun seri. Perlawanan Fulhambal-Aliffwanhoven dibatalkan kerana tiada kelibat kedua-dua pasukan di stadium mengakibatkan keduanya ditolak jaringan 15 gol sekaligus kekal dgn mata yg sama.