Pages

Saturday, January 23, 2010

Result Rasmi Week 3(LS5)




Satriaperak & Ilhan Manchis kekal rekod bersih


Kota Damansara,, 24 Januari 2010; Juara Bertahan Satriaperak membuktikan bahawa dia kini sedang dalam landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan apabila mengekalkan rekod bersih kemenangan 100% selepas menumbangkan pencabar terdekat Jimmy Tapah 7-5 sambil selesa mendahului Kumpulan C dgn kelebihan 5 mata. Menuruti jejaknya adalah Ilhan Manchis yg selesa memungut 9 mata selepas menyekat kebangkitan hambal dgn kemenangan 7-2 sekaligus kekal menerajui Kumpulan D.


Kumpulan A menyaksikan Juara banyak Piala, mrQ terus dirundung malang dgn kekalahan kali ketiga berturut2 selepas dibelasah sykcrc9 dgn 9-2. Persaingan makin terbuka dlm kumpulan ini apabila marrio mencatat kekalahan pertama setelah dikejutkan soffie 7-4. Kumpulan ini menyaksikan persaingan 3 penjuru melibatkan sykcrc9,marrio & soffie dgn terikat 6 mata sambil mrQ yg dilihat pilihan utama pada awal nya kini sudah boleh berkira2 untuk bersaing dlm Division 3 jika terus kalah lagi pada week 4.


Kumpulan B, paling mencuri tumpuan apabila adrx yang satu ketika dianggap pasukan belasahan di liga EPL berjaya mengejutkan gergasi EPL iaitu BBP dgn jaringan 5-2. Sekaligus adrx mendahului kumpulan dgn rekod tanpa kalah sambil menyaksikan BBP satu ketika amat digeruni kini menjadi pasukan belasahan setelah kalah 3 kali berturut2. Arjuna pula berjaya membelasah pendahulu sebelumnya kiely mnh dgn jaringan terbesar setakat ini 14-0.


Kumpulan C sambil menyaksikan satriaperak selesa di atas, pasukan Mr Savvy berjaya mengelak nasib serupa spt Q & BBP apabila menang selesa ke atas kamaldini 7-0 sekaligus menghirup kembali persaingan seterusnya sekurang2nya mencari naib juara terbaik. Kumpulan D, abg_tevez terus mengekori rapat Manchis sambil anakuale terus dirundung malang bagai nasib tidak menyebelahi mereka samada di saingan MSL maupun EPL. Mereka kalah 5-7 kepada abg_tevez.


Kumpulan E menyaksikan persaingan kembali terbuka buat semua tim setelah ego pendahulu akukayo5555 diragut oleh skull99 dgn kemenangan 10-9. Sambil sakuragi mengikat mas2806 dgn keputusan seri.


Kumpulan F paling sengit & terbuka buat semua pasukan apabila teraju liga kini berubah tangan apabila leedado berjaya mencatat kemenangan sulung setelah membelasah wira 7-0. Sambil aliffwan yg tidak turun beraksi pada week 2 membuktikan mereka mampu terus mencabar apabila mengejutkan Nsr7777 dgn jaringan 12-5.


Apapun persaingan masih terbuka yg menyaksikan Juara Bertahan, satriaperak terus menerajui perlawanan walaubagaimanapun pintu Liga Super masih terbuka pada semua pasukan. Sementara mrQ, BBP & anakuale harus terus bangkit daripada terus menjadi mangsa budak-budakan pasukan underdog, tiket ke saingan Liga Super mungkin kini tipis tetapi tiket saingan Liga Perdana masih terbuka. Persaingan kini semakin sengit & tengit. Sebarang kesilapan mungkin membawa padah.




0 comments:

Post a Comment