Disebabkan ramai kat sini suka nikam. Maka dengan bestnya awok buat 1 liga predik untuk game2 MSL. Selain komer nikam di EPL anjuaran mas. Komer bleh juga tambah peningkan kepala dgn menyertai liga tikam ni.
Penyertaan terbuka kepada semua forumer. Hanya 24 forumer terawal sahaja yang terpilih. Siapa cepat dia dulu. Ada hadiah..!!! tapi untuk Juara & Naib Juara Super League serta Juara Premier League. Juara Division 3 league tiada.
Susunan group adalah berdasarkan kepada pilihan utama di Liga EPL predik anjuran mas. Jika predikter baru, maka dia akan di letakkan dalam kategori underdog. Atau bukan pilihan.
Formatnya.. senang.. ada 2 round.
Round 1 (Kelayakan)
adalah round kelayakan untuk ke Super League, Premier League& Division 3 League .
24 Team (ada 6 group setiap group ada 4 team)- Group A, B, C, D, E & F. Saingan adalah timbalbalik ada 6 perlawanan setiap team .
PERLU DIINGATKAN MATA UNTUK KELAYAKAN INI AKAN DIBAWA KE HADAPAN APABILA ANDA BERAKSI DI ROUND 2 NANTI.. JADI.. PASTIKAN DI ROUND 1, KOMER KUMPUL MATA SEBANYAK YG BOLEH UTK BEKALAN DI ROUND 2
Jadual Round 1 – 26 Jan-20 Apr 2010 (LS6-LS11)
Juara setiap kumpulan akan layak bersama 2 naib juara juara terbaik setiap kumpulan dalam Super League. 4 naib juara setiap kumpulan yg tercorot bersama 4 pasukan tempat ketiga terbaik akan bersaing dlm Premier League. Division 3 League akan diisi 2 pasukan ketiga tercorot & pasukan tempat keempat setiap kumpulan. Ingat..... round 1 ini penting untuk kelayakan. Jadi nikam lebih bersungguh2. Perebutan ke Super League penting kerana ia bakal mempengaruhi kejohanan apabila masuk ke musim 2011 kelak.
Round 2 (Finaly)
Bersaing dalam divisyen Super League, Premier League & Division 3 League. Setiap divisyen ada 8 team
SUPER LEAGUE
1. Juara Group A
2. Juara Group B
3. Juara Group C
4. Juara Group D
5. Juara Group E
6. Juara Group F
7. Naib Juara Terbaik 1 A/B/C/D/E/F
8. Naib Juara Terbaik 2 A/B/C/D/E/F
PREMIER LEAGUE
1. Naib Juara Terbaik 3 A/B/C/D/E/F
2. Naib Juara Terbaik 4 A/B/C/D/E/F
3. Naib Juara Terbaik 5 A/B/C/D/E/F
4. Naib Juara Terbaik 6 A/B/C/D/E/F
5. Tempat Ketiga Terbaik 1 A/B/C/D/E/F
6. Tempat Ketiga Terbaik 2 A/B/C/D/E/F
7. Tempat Ketiga Terbaik 3 A/B/C/D/E/F
8. Tempat Ketiga Terbaik 4 A/B/C/D/E/F
DIVISION 3 LEAGUE
1. Tempat Ketiga Terbaik 5 A/B/C/D/E/F
2. Tempat Ketiga Terbaik 6 A/B/C/D/E/F
3. Tempat Keempat Terbaik 1 A/B/C/D/E/F
4. Tempat Keempat Terbaik 2 A/B/C/D/E/F
5. Tempat Keempat Terbaik 3 A/B/C/D/E/F
6. Tempat Keempat Terbaik 4 A/B/C/D/E/F
7. Tempat Keempat Terbaik 5 A/B/C/D/E/F
8. Tempat Keempat Terbaik 6 A/B/C/D/E/F
Jadual Round 2 – 4 Mei – 31 Julai (LS13-LS26)
Kedudukan ranking 24 predikter akan ditentukan penganjur.
Kiraan mata seperti dalam pengiraan di EPL predik tapi ada beza sikit iaitu mana2 predik yg xtepat langsung hanya akan tolak 1 point ajer. Xkira ler apa jua result pun. Dan mana2 predik yang Tepat maka tambahan 3 point dari biasa seperti berikut:
Contoh Result sebenar:
Melaka 0 Sarawak 3
Selangor 1 KL 1
Kedah 2 Perlis 1
Kelantan 1 Johor 1
Perak 2 Terengganu 1
Penang 1 Pahang 1
T-team 3 KL Plus 0
JFC 2 n9 1
Contoh Komer predik & point nyer komer dapat:
Melaka 3 Sarawak 0 (xtepat maka tolak 1 point = -1p)
Selangor 2 KL 1 (Xtepat tolak 1 point = -1p)
Kedah 3 Perlis 0 (Kurang tepat jadi point 2-1 = +1p)
Kelantan 1 Johor 1 (Tepat seri jadi point 1+3 = +4p)
Perak 1 Terengganu 3 (Xtepat tolak 1 point = -1p)
Penang 2 Pahang 2 (kurang tepat seri jadi point 1= +1p)
T-team 3 KL Plus 0 (Tepat jadi point 3-0+3= +6p)
JFC 2 n9 1 (Tepat jadi point 2-1+3= +4p)
Jumlah markah = 13 gol...
Jadi Moh ler........
0 comments:
Post a Comment